



Rawatan Crown & Bridge bantu pulihkan bentuk gigi, fungsi kunyah & keyakinan senyum — nampak natural macam gigi asal.


Kalau gigi anda dah rosak, retak atau dah cabut, sebenarnya ada cara untuk pulihkan semula tanpa nampak pelik atau fake.

Untuk gigi yang rosak atau patah, rawatan crown (sarung gigi) digunakan untuk melindungi dan menguatkan semula gigi tersebut. Ia akan menutup keseluruhan gigi yang bermasalah, dan dibentuk mengikut warna serta rupa gigi asal — jadi nampak natural macam gigi sebenar.


Kalau anda ada gigi yang dah hilang pula, rawatan bridge boleh bantu isi ruang kosong tu. Bridge akan menggantikan gigi yang hilang dan disokong oleh gigi bersebelahan, supaya anda boleh kunyah dengan lebih selesa dan senyum tanpa rasa malu.


Pesakit yang ada gigi rosak, patah atau lemah (yang masih ada akar gigi)
• Mahkota gigi (crown) diperbuat daripada bahan porcelain (seramik)
• Direka khas ikut warna & bentuk gigi asal
• Menutup keseluruhan gigi untuk lindungi dan kuatkan struktur gigi
• Dipasang secara kekal — tak boleh buka sendiri
• Nampak sangat semula jadi (warna seakan gigi asli)
• Lebih estetik – sesuai untuk gigi depan
• Tahan lama dengan penjagaan yang betul
• Tak mudah berubah warna seperti tampalan biasa
• Bantu kembalikan fungsi kunyah dengan lebih selesa

Pesakit yang ada gigi rosak teruk, retak atau lemah dan perlukan crown yang lebih kuat & tahan lasak
• Mahkota gigi diperbuat daripada zirconia (material seramik berkekuatan tinggi)
• Lebih kuat berbanding porcelain biasa
• Direka ikut bentuk & saiz gigi asal untuk hasil lebih natural
• Dipasang secara kekal untuk lindungi gigi yang lemah
• Sangat kuat & tahan lama (sesuai untuk kunyah kuat)
• Nampak natural walaupun material lebih keras
• Kurang risiko retak atau pecah
• Sesuai untuk gigi belakang & juga boleh guna untuk depan
• Lebih tahan berbanding crown biasa

Pesakit yang ada gigi rosak atau lemah dan nak pilihan yang kuat + lebih bajet-friendly
• Mahkota gigi gabungan logam (metal) di dalam + porcelain di luar
• Lapisan luar direka ikut warna gigi supaya nampak natural
• Struktur dalam lebih kuat untuk sokong kunyahan
• Dipasang secara kekal untuk lindungi gigi rosak
• Lebih kuat berbanding porcelain biasa
• Harga lebih berpatutan berbanding zirconia
• Tahan lama dengan penjagaan yang betul
• Masih nampak natural dari luar
• Sesuai untuk gigi belakang yang perlukan kekuatan
Bila gigi dah nampak elok dan lengkap, anda tak perlu lagi cover mulut bila bercakap atau gelak. Ramai patient lepas buat rawatan ni terus rasa lebih confident jumpa orang.
Gigi yang rosak atau hilang buatkan anda susah nak kunyah dengan betul. Dengan crown atau bridge, fungsi kunyah kembali normal — makan pun tak perlu pilih side je dah.
Material yang digunakan direka ikut warna dan bentuk gigi asal, jadi orang lain biasanya tak perasan pun anda buat rawatan. Nampak macam gigi sendiri.
Dengan penjagaan yang betul (gosok gigi, floss & checkup), crown dan bridge boleh tahan bertahun-tahun. Bukan jenis buat sekali, rosak terus.
Setiap crown atau bridge dibuat khas ikut keadaan gigi anda — bukan ambil template biasa. Jadi hasilnya lebih cantik, seimbang dan sesuai dengan senyuman anda.








Dapatkan consultation awal dari doktor dan pelan rawatan crown & bridge
Gigi anda akan di X-ray untuk dapatkan gambaran sebenar keadaan gigi dalam mulut anda.
Gigi akan dibersihkan dan dibuat laluan untuk penyediaan crown & bridge supaya kukuh dan semulajadi.
Gigi anda akan discan untuk dapatkan bentuk sebenar gigi anda.
Gigi anda akan discan untuk dapatkan bentuk sebenar gigi anda.
Crown dan bridge akan dipasang pada gigi anda dan gigitan anda akan dipastikan kuat seperti semulajadi.

Dr. Farah adalah seorang doktor pergigian yang terkemuka dengan pengalaman lebih daripada 10 tahun dalam bidang pergigian. Beliau telah menamatkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Pembedahan Pergigian (BDS) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Setelah berkhidmat di Kementerian Kesihatan Malaysia, beliau meneruskan minatnya dalam bidang Pergigian Estetik dan Pergigian Ortodontik di sektor swasta dan membuka klinik pergigiannya sendiri pada tahun 2019.

Dr. Najmina telah menamatkan pengajian dalam bidang pergigian dari Universiti Tanta, Mesir pada tahun 2017. Pada awal kerjayanya, beliau berkhidmat di Kementerian Kesihatan Malaysia. Beliau mula menyertai Klinik Pergigian Everglo sebagai doktor pergigian locum pada tahun 2020 dan secara rasmi menyertai pasukan tersebut pada tahun 2023.
Everglo Dental mempunyai barisan doktor pergigian berpengalaman dengan kepakaran dalam pelbagai bidang – daripada rawatan kosmetik hingga pembedahan kecil. Setiap rawatan dilakukan secara teliti dan profesional.
Klinik ini dilengkapi dengan peralatan pergigian terkini seperti scanner digital, X-ray 3D dan sistem rawatan berteknologi tinggi untuk hasil yang lebih tepat, selamat dan cepat.
Rawatan berkualiti tinggi tidak semestinya mahal. Everglo Dental menawarkan harga yang sangat kompetitif tanpa mengorbankan kualiti rawatan.
Everglo Dental mendapat banyak review positif dari pesakit yang berpuas hati dengan layanan mesra, hasil rawatan yang memuaskan dan suasana klinik yang selesa.
Reka bentuk klinik yang moden dan selesa membuatkan anda berasa tenang – sesuai untuk mereka yang ada ketakutan terhadap rawatan gigi (dentophobia).
Proses tempahan yang cepat melalui WhatsApp dan sistem pengurusan masa yang cekap menjadikan pengalaman pelanggan lebih lancar dan tidak membuang masa.
Doktor di Everglo Dental tidak hanya 'menjual rawatan', tetapi akan menerangkan pilihan terbaik berdasarkan bajet dan keperluan jangka panjang kesihatan mulut anda.
Sama ada anda perlukan scaling, braces, implan, atau veneer – semuanya tersedia di satu tempat. Tak perlu pindah-pindah klinik untuk rawatan berbeza.



Bayangkan anda boleh kunyah makanan kegemaran semula, senyum dengan yakin, dan tak perlu risau lagi tentang masalah kehilangan gigi atau makanan tak hadam disebabkan gigitan tak kuat.





Crown ialah penutup khas yang menutupi seluruh permukaan atas gigi yang rosak atau lemah untuk mengembalikan bentuk, kekuatan dan fungsi. Bridge pula ialah beberapa crown yang digabungkan untuk “menjambatkan” ruang gigi hilang; ia disimen pada gigi sebelah sebagai penyokong. Mudahnya, crown perbaiki satu gigi manakala bridge ganti gigi yang hilang dengan menghubungkan beberapa gigi
Crown disyorkan bila gigi terlalu rosak untuk tampalan biasa – contohnya kaviti besar, gigi retak, atau selepas rawatan salur akar. Ia juga digunakan bagi menguatkan gigi yang telah lemah akibat tampalan berulang. Crown membantu melindungi gigi daripada reput semula, membolehkan anda mengunyah dan bercakap seperti biasa.
Bridge sesuai bagi pesakit kehilangan satu atau beberapa gigi tetapi gigi di kedua-dua belah masih kuat. Ia terdiri daripada dua crown pada gigi sokongan dan satu gigi palsu di tengah. Bridge cepat dipasang kerana tidak memerlukan pembedahan; sesuai untuk mereka yang tidak layak untuk implant disebabkan masalah tulang atau kesihatan
Harga crown bergantung pada bahan. Di banyak klinik, crown jenis logam berharga sekitar RM800–1,200, crown porselin‑logam RM1,000–1,800, crown seramik penuh RM1,200–2,000, manakala crown zirconia boleh mencecah RM1,800–2,500. Bridge pula biasanya diambil kira per unit; kos keseluruhan antara RM1 500–RM3 500 bergantung pada bilangan unit dan jenis bahan
Ketahanan crown bergantung pada bahan: crown logam boleh melebihi 15 tahun, zirconia 10–15 tahun, PFM 10–15 tahun manakala crown seramik penuh biasanya 8–12 tahun. Bridge pula umumnya bertahan 5–20 tahun, dengan kebanyakan bridge moden mampu bertahan 10–20 tahun jika dijaga rapi
Jangan risau, doktor gigi akan menggunakan anestesia setempat untuk kebaskan gigi sebelum prosedur – ini menjadikan proses hampir tidak sakit. Bagi pesakit yang gelisah, pilihan sedasi seperti nitrous oxide, sedasi oral atau IV turut disediakan. Selepas prosedur, rasa ngilu atau sedikit bengkak pada gusi adalah normal dan biasanya reda dengan ubat tahan sakit ringan
Rawatan crown biasanya memerlukan dua lawatan. Lawatan pertama melibatkan persediaan gigi (mengasah sedikit enamel), mengambil acuan digital/fizikal, kemudian meletakkan crown sementara. Dalam lawatan kedua, crown kekal disesuaikan dari segi bentuk dan warna sebelum disimen pada gigi. Bridge pula memerlukan konsultasi, pengambilan ukuran, persediaan gigi sokongan, pemasangan bridge sementara dan akhirnya bridge kekal – biasanya beberapa lawatan selama beberapa minggu
Jaga kebersihan mulut dengan berus dua kali sehari, flos setiap hari dan lakukan pemeriksaan berkala. Elakkan menggigit ais atau makanan keras kerana crown atau bridge boleh tercabut atau retak. Bridge memerlukan pembersihan khas di bawah pontic menggunakan flos atau berus interdental untuk mencegah karies pada gigi sokongan. Risiko termasuklah sensitiviti, lapisan porselin terkelupas atau gam menjadi lemah seiring masa, dan bridge mungkin perlu diganti apabila bahan atau pelekat haus


Term of conditon | Privacy Policy
Copyright@Everglo Dental. All Rights Reserved. Powered by SRS Advertisement
Disclaimer: TikTok is a Registered Trademark of TikTok.com. Google is a Registered Trademark of Google.com. Facebook or FB is a Registered Trademark of Facebook.com. Everglo Dental is not affiliated with TikTok.com, Google.com & Facebook.com in any way, nor does they sponsor or approve any of products. All trademarks mentioned here are copyrighted by their respective owners
Privacy Policy: We use Google AdWords Remarketing, Facebook Ads Remarketing & TikTok Ads Remarketing to advertise this website across the Internet. All Ads Remarketing will display relevant ads tailored to you based on what parts of this website you have viewed by placing a cookie on your machine. This cookie does not in anyway identify you or give access to your computer. The cookie is used to say “This person visited this page, so show them ads relating to that page.” Ads Remarketing allows us to tailor our marketing to better suit your needs and only display ads that are relevant to you. If you do not wish to participate in our Ads Remarketing, you can opt out by visiting Ads Preferences Manager.
Klinik Pergigian Everglo
Typically replies within minutes
Any questions related to dental problem?
🟢 Online | Privacy policy
WhatsApp us